Aplikasi Mudah Alih Integrated Enforcement Management System (selepas ini dirujuk sebagai "Aplikasi"), merupakan aplikasi yang dibangunkan untuk Pegawai Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Kos Sara Hidup (selepas ini dirujuk sebagai "Pengguna") untuk memudahkan proses pemeriksaan dan penyiasatan di bawah seliaan KPDN. Aplikasi ini boleh dimuat turun di Google Play Store dan Apple App Store. Kerajaan memastikan bahawa maklumat peribadi yang dikumpulkan adalah selari dengan peruntukan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709).
Aplikasi ini tidak akan merekodkan data peribadi pengguna kecuali dengan kebenaran dan diberikan secara sukarela oleh pengguna. Maklumat yang diberikan oleh pengguna digunakan untuk tujuan memudahkan proses pemeriksaan dan penyiasatan. Maklumat ini tidak dikongsi dengan organisasi lain bagi tujuan lain kecuali dinyatakan secara khusus.
a. Aplikasi ini mengumpulkan data yang dikemukakan atas persetujuan pengguna dan dilakukan secara sukarela melalui proses pemeriksaan dan penyiasatan untuk capaian ke sistem aplikasi.
b. Data peribadi yang dikumpul adalah seperti berikut:
i. Nombor Kad Pengenalan/Nombor Passport
ii. Nama Penuh
iii. E-mel
iv. Nombor Telefon
v. Alamat
vi. Maklumat Lokasi
c. Data peribadi yang dikumpul tidak akan digunakan untuk apa-apa tujuan selain daripada yang disebutkan di atas.
d. Data peribadi yang dikumpulkan tidak akan didedahkan kepada mana-mana pihak ketiga atau dipindahkan ke tempat di luar Malaysia untuk tujuan komersil.
Sekiranya data peribadi yang diberikan tidak mencukupi ataupun tidak memuaskan, maka hasil pemeriksaan dan penyiasatan tidak diterima atau diambil tindakan atau penggunaan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Aplikasi mungkin ditolak atau terjejas.
Data yang dipaparkan oleh Aplikasi akan disimpan menurut Dasar Privasi ini selaras dengan sebarang undang-undang yang berkenaan yang mungkin berkuat kuasa dari semasa ke semasa.
Aplikasi ini menerapkan ciri keselamatan yang mematuhi piawaian global untuk melindungi kerahsiaan dan keselamatan maklumat pengguna.
Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan tersebut akan dikemas kini di halaman ini.